1 Sep 2011 (Khamis) - Majlis bermula pada jam 8.00 pagi didahului dengan doa selamat ini adalah sebagai tanda kesyukuran berpindah ke tempat baru, disusuli dengan ucapan aluan Pengurus PT Star Enterprise (PTSE), jamuan untuk para pelanggan dan sanak-saudara Hj. Hanapiah sempena perayaan Aidilfitri serta sukaneka untuk kanak-kanak. Semoga tali silaturrahim sesama kita bertambah erat serta perniagaan PTSE bertambah maju. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang.